Apakah yang menjadikan Instant Pot suatu pemasak yang "Pintar"
Instant Pot juga boleh mengingat penyelarasan yang anda buat bagi setiap Program Pintar dan memberikan anda pengalaman memasak yang lebih bijak dan tersendiri.
Apakah maksud 4-dalam-1, 7-dalam-1, 9-dalam-1, dsb.?
Misalnya, Duo 7-in-1 menggantikan perkakas berikut: periuk tekanan, periuk perlahan, pan sauté, pengukus, periuk nasi, pembuat yogurt and pemanas makanan.
Di manakah boleh saya membeli perkakas Instant Pot?
Rujuk kepada Lokasi Kedai untuk lebih informasi atau melayari laman web rasm Produk kami.
Bolehkan saya menggunakan aksesori pihak ketiga untuk Instant Pot saya?
Aksesori dan bahagian yang tidak berjenama Instant Pot® atau disyorkan oleh Instant Pot® boleh menyebabkan perkakas tidak berfungsi.
Bolehkah saya menggunakan Instant Pot 110V di dalam negara dengan sistem elektrik 220V?
Perkakas Instant Pot kami adalah 220-240V yang bersesuaian dengan Malaysia, ia berbeza dengan model dijual di negara lain.
Adakah perkakas Instant Pot selamat diguna?
Perkakas Instant Pot disahkan oleh UL, pihak berkuasa pengiktirafan yang paling ketat di Amerika Utara.
Butiran lanjutan boleh didapati di halaman Mekanisma Keselamatan. Ciri-ciri keselamatan muka surat.
Bagaimana Program Pintar berfungsi?
Pengguna boleh menyesuaikan tetapan ini dengan kekunci operasi untuk mengawal tahap tekanan, "+/-" untuk melaraskan masa memasak dan butang batal, membolehkan seseorang mencapai hasil memasak pilihan mereka.
Bagaimana saya menghentikan satu program selepas ia telah bermula?
Di manakah boleh saya mendapat resipi masakan? Adakah terdapat app berkenaan?
App resipi Instant Pot juga ada pada stor Apple atau Google Play.
Di manakah boleh saya mendapat satu lagi salinan manual, buku resipi dan jadual masa pemasakan?
The buku kecil resipi dan panduan masa memasak boleh didapati di bawah bahagian Resipi laman web.
Bolehkan Instant Pot digunakan untuk pengetinan tekanan?
Kebanyakan Pemasak Elektrik Instant Pot beroperasi pada tekanan di antara 10-12 psi, di mana adalah selamat untuk mandian pengetinan makanan berasid tinggi seperti jam dan cutni.
Menukar masa memasak, ramuan atau suhu mungkin merbahaya. Gunakan masa yang ditetapkan, suhu/tekanan dan cara yang dinyatakan di dalam resipi untuk melindungi makanan daripada bakteria berbahaya, kulat dan enzim.
Bolehkah menggoreng celur di dalam Instant Pot?
Apakah lewat mula "Delay Start" dan berapa lama masanya?
Perhatian: Apabila menggunakan "Delay Start", sila mengambil kira masa penyejukan sebelum hidangan.
"Delay Start" tidak dicadangkan untuk bubur, oat atau sebarang jenis cecair yang berbuih atau pekat. Apabila menyediakan makanan berbuih atau yang mungkin memercik, proses pemasakan harus diawasi.
Apakah Pelepasan Semulajadi ("Natural Release NR") dan Pelepasan Segera ("Quick Release QR")?
Pelepasan Semulajadi (NPR): Untuk melepaskan tekanan secara semula jadi, biarkan periuk berehat tanpa gangguan. Apabila periuk tekanan menyejuk, ia akan melepaskan tekanan secara beransur-ansur sehingga injap apungan jatuh, menunjukkan bahawa periuk tidak lagi berada di bawah tekanan. Ini mungkin mengambil masa 10 hingga 40 minit, atau lebih lama lagi, bergantung pada jumlah makanan dalam periuk. Letakkan tuala basah pada tudung untuk mempercepatkan proses penyejukan (Nota: Jangan tutup injap pelepas stim).
Keluaran Pantas (QPR): Untuk melepaskan tekanan dengan cepat, putar pemegang pelepas stim ke kedudukan pengudaraan untuk membiarkan wap keluar sehingga injap apungan jatuh. Pastikan periuk tidak berada terus di bawah kabinet yang mungkin rosak akibat wap, dan pastikan tangan dan muka jauh dari wap.
Untuk makanan dengan jumlah cecair yang banyak atau kandungan kanji, gunakan pelepasan semulajadi kerana bahan cecair mungkin terpercik keluar.
Apakah maksud periuk-dalam-periuk "pot-in pot (PIP)" ?
Apakah dimaksudkan dengan penetapan tekanan yang berlainan?
Apakah penetapan masa maksimum untuk fungsi pemasakan tekanan?
Apakah masa penetapan maksimum untuk fungsi pemasakan perlahan?
Bagaimanakan fungsi pemasakan perlahan berbanding dengan periuk perlahan biasa?
– Kurang: 82-87.8°C / 180-190°F (tetapan rendah dalam periuk perlahan)
– Biasa: 87.8-93°C / 190-200°F (tetapan sederhana dalam periuk perlahan)
– Lagi: 93-99°C / 200-210°F (tetapan tinggi dalam periuk perlahan)
Apakah penetapan masa yang maksimum untuk fungsi "saute" ?
Apakah penetapan yang berlainan untuk fungsi "Saute"?
Perhatian: Jangan menggunakan penutup Instant Pot® untuk fungsi Sauté, kerana pemasak memerlukan pengudaraan yang mencukupi untuk mencegah daripada terlampau panas.
Jika jumlah ramuan digandakan, adakah saya juga menggandakan masa memasak?
Bolehkah saya memasak makanan sejuk beku tanpa mencair beku terlebih dahulu?
Makanan yang disejukbekukan pada lapisan yang rata akan menyahbeku dengan lebih cepat dan lebih baik daripada makanan sejukbeku yang berada dalam ketulan besar. Kalau anda ingin memasak daging panggang yang besar saiznya dan disejukbeku, anda boleh memotong makanan panggang kepada bahagian yang lebih kecil terlebih dahulu sebelum menyejukbekukannya.
Bagaimana anda menukar resipi 15 psi ke Instant Pot?
Kami mendapati bahawa kebanyakan resipi periuk tekanan pada 15psi boleh digunakan dalam Instant Pot dengan meninggikan masa memasak sebanyak 7-15%.
Mengapa is mengambil masa yang begitu lama untuk menghasilkan tekanan?
- Amaun makanan di dalam periuk. Periuk yang penuh akan mengambil masa yang lebih panjang untuk bertekanan.
- Jenis makanan di dalam periuk. Cecair mengambil masa yang lebih lama untuk membina tekanan berbanding dengan makanan yang lebih pekat. Sebaik sahaja anda menetapkan periuk untuk memasak, anda boleh membiarkan makanan dimasak dengan sendirinya dalam keadaan yang selamat."
Mengapa tekanan tidak dibina?
Perhatian: Amaun cecair bergantung kepda saiz kuart.
Tidak menetapkan injap pelepasan wap ke posisi kedap untuk pemasakan tekanan dan pengukusan. Jika ia tidak dikedapkan, tekanan tidak akan dibina. Untuk penyelesaian masalah yang lain, sila rujuk kepada Penyelesaian Masalah atau pergi ke bahagian penyelesian masalah di dalam manual pengguna."
Saya menggunakan fungsi pemasak perlahan tetapi selepas beberapa jam, makanan masih mentah, mengapa?
– Penetapan "LESS" pada Instant Pot® adalah untuk memanaskan makanan, bukan untuk memasak.
– Penetapan "NORMAL" pada Instant Pot® berfungsi seperti kurang "Low" pada periuk perlahan tradisional. Gunakan penetapan ini untuk pemasakan sehari (contohnya, memanggang daging selama 8 jam).
– Penetapan "MORE" pada Instant Pot® berfungsi seperti tinggi "High" pada periuk perlahan tradisional. Gunakan penetapan ini untuk pemasakan perlahan yang lebih cepat (contohnya, memanggang daging selama 4 jam).
Mengapa makanan saya terkurang/terlampau masak? Mengapa makanan saya menjadi hangus?
- Air tidak mencukupi di dalam resipi menyebabkannya kurang masak.
- Kepingan Makanan lebih besar/kecil daripada yang tercatat dalam resipi.
- Gunakan pelepasan semulajadi NPR manakala resipi menyatakan pelepasan segera QPR atau gunakan QPR apabila resipi menyatakan NPR kerana makanan akan terus dimasak pada masa itu.
Sebab paling biasa makanan menjadi hangus adalah:
- Air yang tidak mencukupi dalam resipi
- Gantikan bahan yang menyerap air (contohnya kentang, pasta, nasi, bijirin, kacang dan legum) daripada bahan yang mengeluarkan air (contohnya kebanyakan daging dan sayuran)
- Makanan tersangkut pada bahagian bawah periuk semasa pemasakan Sauté
- Cecair pekat digunakan untuk menghasilkan tekanan seperti sos tomato, sup krim pekat dan sebagainya.
- Pengedapan yang tidak sempurna menyebabkan air dalam resipi tersejat.
Saya meninggalkan yogurt lebih daripada 8 jam, adakah ia menjadi rosak? Yogurt saya tidak terjadi.
Sebab paling biasa untuk yogurt yang tidak terjadi:
- Pemula yogurt perlu digantikan kerana mungkin telah lama dan tidak mengandungi kultur hidup yang tidak mencukupi.
- Suhu susu terlalu tinggi semasa pemula yogurt ditambahkan dan membunuh kultur hidup di dalamnya.
Apakah isu yang diliputi oleh waranti saya?
Adakah Instant Pot boleh digunakan dalam mesin pembasuh pinggan?
Berapa kerap cincin pengedap perlu dibersih dan diganti?
Cincin pengedap diperbuat daripada silikon gred makanan dan adalah sangat tahan lasak. Dalam keadaan normal, ia boleh digunakan selama 18 – 24 bulan. Jika anda perhatikan rekahan, kebocoran atau ubah bentuk, ia harus digantikan. Walaubagaimanapun, cincin pengedap ini adalah poros dan akan menyerap bau dan berubah warna. Untuk mencegah daripada perubahan warna dan berbau, pengguna boleh menukar cincin pengedap setiap 6 -12 bulan.
Bagaimanakah saya boleh menghilangkan bau dari cincin pengedap?
– Pembersihan Kukus: tambah 2 cawan air atau cuka putih dan kulit limau yang dipotong, jalankan program Steam selama 2 minit dengan cincin pengedap dalam kedudukannya. Kemudian, biarkan cincin pengedap kering di udara.
- Letakkan cincin pengedap di dalam mesin pembasuh pinggan. Suhu tinggi dan bahan pencuci yang kuat biasanya boleh menghilangkan kebanyakan bau.
- Merendam cincin pengedap di dalam cuka putih, jus limau, jus tomato atau peluntur. Selepas itu, biarnya dibersihkan di dalam mesin pembasuh pinggan.
- Menyimpan cincin pengedap di dalam beg plastik kedap dengan serbuk kopi atau soda penaik.
Ataupun, anda boleh menyediakan satu cincin pengedap untuk masakan pelbagai rasa dan satu lagi untuk makanan manis.
Bagaimana untuk membersihkan Penutup Instant Pot?
Jika anda menggunakan pelepasan segera (melepaskan wap dari pemegang lepasan wap) atau memasak makanan yang melekat, anda mungkin perlu mengeluarkan pengadang anti-sumbat sahaja (bukan kesemua bahagian pemasangan) untuk pembersihan. Selepas pembersihan, letakkan pengadang anti-sumbat balik ke tempat asalnya. Anda mungkin hendak menarik keluar pemegang pelepasan wap dan cincin pengedap untuk pembersihan. Sila memeriksa injap apungan untuk memastikannya boleh bergerak ke atas dan bawah dengan senang tanpa halangan. Anda boleh mengeluarkan injap apungan dengan menarik keluar getah silikon yang kecil untuk pembersihan."
Mengapakah periuk dalam keluli tahan karat mempunyai noda seperti pelangi selepas dicuci?
Mengapa terdapat air pada alur di bahagian atas tapak pemasak?
- Cincin pengedap tidak berada tepat pada kedudukannya.
- Cincin pengedap telah berubah bentuk.
Sila memeriksa cincin pengedap anda, dan jika didapati mempunyai kecacatan, anda harus menggantikannya.
Untuk masalah tambahan, sila semak instantpotmy.com/troubleshooting/. Anda juga boleh menghubungi pasukan Sokongan Pelanggan kami untuk bantuan:
Facebook: Instant Pot Malaysia
Emel: customersupport@focusglobal.my