MANFAAT PEMASAKAN TEKANAN
Menjimat Masa dan Tenaga
Pemasak Tekanan Elektrik adalah perkakas dapur jenis tenaga efisien, berada pada kedudukan kedua selepas gelombang mikro. Terdapat dua faktor utama mengapa penggunaan Instant Pot tenaga efisien:
-
- Ruang memasak (periuk dalaman) tertebat dengan sepenuhnya, maka periuk tidak memerlukan tenaga yang lebih untuk pemanasan.
- Pemasak tekanan memerlukan cecair yang kurang berbanding dengan pemasakan tradisional, maka ia akan mencapai pendidihan lebih cepat.
Berbanding dengan cara pemasakan yang lain seperti membakar, mendidih, atau mengukus, pemasakan tekanan boleh mengurangkan masa memasak dan penggunaan tenaga sebanyak 70%.
Mengekalkan Vitamin dan Nutrien
Pendidihan (dan Pengukusan biasa) boleh menyebabkan vitamin larut air terlepas dari makanan, maka mengurangkan nilai nutriennya. Pemasak tekanan memasak dengan cepat, menyeluruh dan sekata, dengan itu dapat mengekalkan 90% vitamin larut air.
Memelihara Nutrien dan Memasak Makanan yang Sedap
Memasak dengan bekas terbuka (Ya, walaupun yang mempunyai penutup) mendedahkan makanan kepada Oksigen dan haba yang boleh mengelapkan warna dan menghilangkan rasa. Masakan tekanan menepukan makanan dengan stim, membenarkan pemeliharaan warna yang terang dan kandungan bahan fitokimia. Rekabentuk kedap udaranya juga membenarkan kewujudan rasa yang lebih cepat dan mendalam.
Menghapuskan Mikro-organisasi yang Merbahaya dalam Makanan
Dengan menghasilkan persekitaran yang membenarkan air mendidih lebih tinggi daripada 100°C (212°F), pemasak tekanan memang mempunyai fungsi multi-segi yang luar biasa dalam menghapuskan bakteria merbahaya secara efektif.
Gunakannya untuk pensterilan balang atau botol bayi atau merawat air
Pemasak tekanan juga boleh digunakan untuk meneutralkan pelbagai toksin seperti fitohaemagglutinin, satu lektin yang berada dalam kacang ginjal merah. Keracunan "Phytohaemagglutinin" boleh berlaku sekiranya termakan 5 kacang ginjal yang tidak cukup masak. Pemasakan tekanan selama 10 minit telah dibuktikan dapat mengurangkan unit "haemagglutinin" (agen toksin) ke tahap yang selamat.
Contoh yang lain ialah aflatoksinsejenis mikotoksin daripada kulat yang berada pada beras, gandum, jagung dan kacang yang tidak disimpan dengan baik dan terdedah kepada kelembapan. Pendidihan sahaja tidak dapat memusnahkan aflatoksin, tetapi satu pengajian oleh penyelidik Korea pada tahun 2006 kajian oleh penyelidik Korea mendapati bahawa suhu masakan tekanan boleh mengurangkan kepekatan aflatoksin kepada tahap yang selamat.
BAGAIMANA PROGRAM PINTAR BERFUNGSI
Instant Pot Pemasak tekanan elektrik boleh mencapai pemasakan yang optimum pada setiap kali disebabkan teknologi pemproses mikro. Kemudahan Pemproses mikro di dalam Program Pintar, merupakan satu set arahan pemasakan pra-program yang teruji secara meluas.Bergantung kepada jenis makanan yang dimasak, program pintar menyelaras dan kawal keempat-empat parameter memasak: intensiti pemanasan, suhu, tekananan dan jangkamasa.
Intensiti Pemanasan merujuk kepada jumlah output haba dikeluarkan oleh elemen pemanasan. Elemen pemanasan mengawal output haba dengan membuka dan memadam dari masa ke semasa untuk mengawal suhu di bawah periuk dalaman. Keupayaan pemasak menurunkan intensiti pemanasan boleh mencegah makanan dari terbakar pada bahagian bawah. Program Pintar menguruskan intensiti pemanasan mengikut jenis makanan.
Contohnya, intensiti pemanassan bertambah perlahan-lahan dalam Program Pintar Sup "Soup", tetapi pada Kukus "Steam", intensiti pemanasan menjadi pantas kerana makanan kukus akan diletak pada rak kukus atau bakul pengukus dan tidak akan menyentuh periuk dalaman secara langsung
Suhu adalah suhu sekitaran dalam periuk dalaman sepanjang proses memasak. Program pintar mencapai suhu puncak, lepas itu akan mengekal pada suhu tersebut atau menurun mengikut program.
Contohnya, sebelum memasak bagi program pelbagai bijirin "Multigrain", makanan dilembutkan dengan rendaman selama 45 minit pada 60°C (140°F)
Tekanan dicapai melalui pendidihan cecair sehingga cukup wap dikumpulkan dalam periuk dalaman untuk menghasilkan tekanan. Dari segi termodinamik gas, penghasilan tekanan dan jumlah gas adalah berkadaran langsung dengan suhu. Jumlah dalam periuk dalaman adalah konstan, kita boleh menganggapkan tekanan berkaitan secara linear dengan suhu gas, dan pada sebilangan besar (kesasnnya tertangguh), berkaitan dengan suhu dalam kandungan cecair.
Bergantung kepada model, Instant Pot pemasak tekanan elektrik boleh mencapai tahap tekanan seperti berikut:
-
- rendah Rendah– 5.8 ~ 7.2 psi
- tinggi Tinggi – 10.2 ~ 11.6 psi
- Maks Maksimum – 15 psi
Jangkamasa memasak adalah masa diambil untuk memasak sebaik sahaja periuk berada dalam tekanan. Masa memasak mungkin dipengaruhi bergantung kepada saiz makanan, samada makanan itu segar atau sejukbeku, dan sekiranya nasi, bergantung kepada jumlahnya. periuk telah bertekanan. Tempoh memasak mungkin terjejas bergantung pada saiz item makanan, sama ada makanan segar atau beku, dan dalam kes nasi, jumlahnya.
-
- Saiz - Ketebalan makanan akan mempengaruhi berapa lama untuk memasak dengan secukupnya. Contonhnya, jika menyediakan stik setebal 1'', jangkamasa memasak mungkin 10-15 minit , bergantung kepada tahap kemasakan yang dikehendaki.
- Sejukbeku - Apabila memasak seketul daging sejukbeku, jangkamasa memasak mungkin harus dinaikkan sebanyak 50% atau lebih. Stik setebal 1" ditambah dengan 50% masa akan menjadikan jangkamasa memasak menjadi 15-22 minit bergantung kepada tahap kemasakan yang dikehendaki.
- Jumlah -Jangkamasa memasak kebanyakan makanan tidak akan berubah bergantung kepada jumlah makanan di dalam periuk dalaman. Misalnya, samada memasak satu lobak merah atau satu gantang lobak merah, jangka masa memasak adalah sama. Walaubagaimanapun, masa untuk periuk dipanaskan dan bertekanan akan bertambah.
Program Pintar Nasi "Rice" adalah satu pengecualian, masa memasak akan diselaraskan secara automatik bergantung kepada jumlah beras di dalam periuk dalaman. Jangka masa memasak lalai telah ditentukur untuk beras panjang dan sederhana.